Felda Investment Corporation Sdn Bhd melancarkan Pelan AntiRasuah FIC 2022-2027 (FIC ACP). Pelan Antirasuah FIC menekankan empat elemen penting yang terdiri daripada Pelaburan, Kewangan, Perolehan dan Tadbir Urus Korporat.
Intipati utama FIC ACP adalah memastikan FIC bebas rasuah dan berintegriti menjelang tahun 2027. Empat strategi utama merangkumi 49 inisiatif yang terdiri daripada 17 inisiatif jangka pendek dengan tempoh 1 tahun, 17 inisiatif jangka sederhana dengan tempoh 2-3 tahun, 7 inisiatif jangka panjang melibatkan 4-5 tahun dan 8 inisiatif berterusan telah diwujudkan melalui pelan ini.
Majlis disempurnakan oleh YBrs Encik Izham Mustaffa, Timbalan Pengarah Besar Operasi FELDA . Turut serta meraikan majlis pelancaran ini adalah YBhg Dato' Nor Azmi Karim, Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA) SPRM.
Bacaan ikrar diketuai oleh YBrs Encik Azlan Mohamed Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FIC.
Program ini berakhir dengan ceramah bertajuk “Budaya Integriti Dalam Organisasi yang disampaikan oleh YBhg Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa.
#FICBebasRasuah
Pautan untuk Majlis Perasmian: https://fb.watch/hd0Hu_FEXL/.
Pautan untuk Ceramah integriti: https://fb.watch/hd0MufRLCr/.