Site Visit to FELDA Sahabat
YB Tan Sri Idris Jusoh mengadakan lawatan ke Felda Sahabat, FELDA Wilayah Sabah, bagi meninjau Projek Utiliti Sabah dan Program Pembangunan Peneroka (PPP).
Lawatan kerja rasmi ini juga turut menyaksikan pelancaran FELDA Digital Maker Hub-Coding and Robotic bagi sekolah di wilayah Sabah yang dirasmikan oleh Menteri Kanan Pelajaran, YB Datuk Dr. Radzi Jidin. Turut sama menyertai lawatan ini adalah 2 Ahli Lembaga Pengarah, Encik Mohamed Ghouse Shajahan dan Encik Sulong Jamil Mohamed Shariff, Ketua Pengarah FELDA, YBhg.Dato’ Amiruddin Bin Abdul Satar, Pengurusan Tertinggi FELDA, Kepimpinan FELDA dan Wilayah serta Kepimpinan Kumpulan FIC.
